Tuesday, October 5, 2010

alat muzik tradisional di malaysia

KEPELBAGAIAN ALAT MUZIK TRADISIONAL DI MALAYSIA
Setiap negeri di Malaysia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk alat-alat muzik yang sering digunakan untuk memainkan pelbagai bentuk teater tradisi Melayu seperti wayang kulit, makyung, mek mulung, gamelan, kuda kepang, jikey dan sebagainya. Alat-alat utama seperti dari keluarga gendang, rebab tiga tali, gambus, serunai dan jenis-jenis gong, secara mutlak adalah milik masyarakat Melayu di mana ianya telah diwarisi dan dicipta oleh orang-orang Melayu turun temurun sejak beratu-ratus tahun lamanya.
Di samping itu juga, alat-alat utama yang didapati berkembang di bawah tradisi "sinkretik" merupakan sebahagian yang terpenting dalam sejarah perlembagaan muzik Melayu tarisi di Malaysia yang sangat berkait dengan budaya popular masyarakat Melayu bandaran. Contohnya seperti Ghazal, Keroncong, Asli dan sebagainya. Alat-alat seperti Tabla, Harmonium, Gitar, Cello, Akordian, Mandolin, Violin dan Flute sudah tidak asing lagi bagi kita. Pendek kata unsur-unsur muzik dari pengaruh-pengaruh asing seperti Barat, Arab dan India khususnya ini telah disebatikan ke dalam bentuk muzik tradisional tempatan yang sedia ada tanpa menghasilkan nilai serta ciri-ciri keasliannya yang sedia terbentuk. Malah ianya turut memperkaya dan mempelbagaikan lagi "genre" muzik berkenaan.
Terdapat lima kategori Alat Muzik Tradisional :
    Kordofon
     Membranofon
     Erofon
     Idiofon
     Erofon bebas
·        
·        
·     
KORDOFON

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Antaranya:

BIOLA


Pengenalan
Biola dari Barat.
 Fungsi
Dimainkan untuk muzik hiburan diseluruh Malaysia. Digunakan untuk mengiringi nyanyian oleh pemain Gabbang dalam tarian `Dating-Dating' di Sabah.
 Cara Bermain
Tali digesek dengan pengeseknya

SUNDATANG


Pengenalan
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi
Di Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.
Cara Bermain
Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.


ERH-HU

Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.


Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.


YANGQIN

Pengenalan
Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.
Fungsi
Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.
Cara Bermain



Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.






MEMBRANOFON

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Antaranya :


MARUAS

Pengenalan
Gendang dua muka. Badannya dibuat daripada kayu dalam bentuk leger dan pendek. Belulang dipasang di kedua-dua belah mukanya disirat dengan tali di antara satu muka dengan lain dan dirambing untuk menegangkannya.

Fungsi
Digunakan dalam muzik mengiringi tarian zapin.

Cara Bermain
Maruas dipegang dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi.


KOMPANG


Pengenalan
Sejenis alat muzik paluan serumpun dengan gendang. Ianya dimainkan bersama dalam beberapa alatan lain dalam persembahan tarian dan nyanyian.

Fungsi
Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau

Cara Bermain
Alat ini dimainkan dengan memukul dan mengetuk kulit dengan tangan atau jari.

NAHARA


Pengenalan
Gendang satu muka berukuran 12 inci panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya diperbuat dari kayu merbau yang berongga dan permukaannya ditutup dengan kulit kijang.

Fungsi
Dimainkan dalam muzik nobat dalam majlis hiburan kaum kerabat diRaja, mengiringi istiadat-istiadat istana, istiadat pertabalan, hari keputeraan Sultan, perkahwinan diRaja dan upacara sambutan diRaja.

Cara Bermain
Nahara dimainkan dengan memalu permukaan dengan dua batang rotan halus berukuran 17 ½ inci panjang. Semasa dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci panjang yang dibalut dengan kain baldu kuning diletakkan di bawah nahara supaya permukaan nahara mudah dipalu.

GEDOMBAK


Pengenalan
Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. 

Fungsi
Dimainkan dalam pancaragam wayang kulit dan Menora.

Cara Bermain
Gedombak diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungya.

EROFON


Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Antaranya :

ENGKERURAI


Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

Cara Bermain
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. 

SOMPOTON


Pengenalan
Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Fungsi
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian.

Cara Bermain
Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. 

PEPULING


Pengenalan
Seruling jenis wisel. Ditiup pada pangkalnya. Diperbuat daripada tanah liat dalam bentuk binatang seperti ikan, burung dan sebagainya.

Fungsi
Digunakan sebagai alat solo untuk memainkan lagu hiburan.

Cara Bermain
Seruling ditiup pada pangkalnya.

HARMONIUM


Pengenalan
Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak yang berbentuk empat segi panjang dan dibuat dari kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam badannya. Kibod dipasang pada bahagian atas badannya.

Fungsi
Dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan.

Cara Bermain
Puputan dibomba (pump) dengan sebelah tangan. Kibod ditekan dengan jari pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari puputan menyebabkan pipit bergetar dan berbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata-mata kibodnya.

IDIOFON


Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik 'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensemble gamelan.

CAKLEMPONG


Pengenalan
Gong kecil diperbuat dari perunggu berbentuk periok. Berbusut di tengah-tengah permukanya.

Fungsi
Digunakan dalam muzik tradisional Minangkabau yang terdapat di Negeri Sembilan dan Perak bagi kegunaan iringan (1) Pencak Silat (ii) Tarian Piring (iii) Tarian Lilin (iv) Tarian Inai (Terinai) (v) Mengarak pengantin (vi) Randai (vii) Pelbagai lagu tempatan

Cara Bermain
Gong-gong diatur berbaris melintang diatas Para panjang dan dipalu pada busutnya dengan sepasang pemalu oleh seorang pemain.

KENONG


Pengenalan
Gong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengah-tengah diperbuat daripada perunggu. Diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong yang kedapatan dalam Joget Gamelan adalah seakan dan tiruan dari Gamelan Jawa Tengah.

Fungsi
Digunakan dalam joget gamelan Pahang, Trengganu dan gamelan Batu Pahat.

Cara Bermain
Dipalu dengan pemalu berbalut dihujungnya. Dimainkan oleh seorang pemain.

MUYU


Pengenalan
Genderang berbelah dibuat dari kayu membulat dalam bentuk ikan. Diukir indah dipermukaan luar. Tangkainya pada satu hujung.

Fungsi
Digunakan dalam ensembel muzik menora, Wayang Godek, Wayang Jawa dan dalam gamelan di Batu Pahat.

Cara Bermain
Diletak atas bantal dan dipalu pada bahagian luar dengan pemalu kayu.

TETAWAK


Pengenalan
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.

Fungsi
Tetawak digunakan dalam kebanyakan muzik tradisional Melayu seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Dikir Barat, muzik mengiringi tarian dan sebagainya. Tetawak juga digunakan dalam pancaragam mengiringi tarian seperti Sumazau, Limbai, Tingkad-Tingkad Silat, persandingan dan lain-lain istiadat yang tertentu di Sabah.

Cara Bermain
Cara bermain dengan digantung dan dipalu busutnya dengan pemalu beralas.


EROFON BEBAS


Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ianya diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dipermainkan bersama alat muzik yang lain.



RUJUKAN: